Monday, March 18, 2013


CARTA ORGANISASI KURIKULUM 
PPKIBP SMK ARAU, 2013

















SENARAI KETUA PANITIA MENGIKUT KOMPONEN 2013












PENGURUSAN KURIKULUM

Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 dalam Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 adalah seperti berikut :

1.  Bahagian II Perenggan 4(Kurikulum) ada dinyatakan tentang perlaksanaan kurikulum (rujuk Warta Kerajaan – 31 Disember 1997 – tambahan no. 94. Perundangan (A)- Jilid 41 No 26) adalah seperti berikut :

“ 4. Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai
       kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan
       aktiviti mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
       matlamat pendidikan khas.”

2.    Bab 8 – Pendidikan Khas
Perkara 41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum pendidikan khas. Penekanan diberi kepada perkara 41 Perenggan 1(d) menyatakan :
“ apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud
  bab ini.”


KURIKULUM YANG DIBENARKAN

i) Kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan sekolah menengah
   adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2004 : Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan
   Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang dinyatakan
   pada Perkara 3.

“Keseluruhan kurikulum ini adalah berlandaskan model konseptual kurikulum yang berfokus kepada keperluan individu murid pendidikan khas dengan mengambil kira kepelbagaian keupayaan murid-murid berkenaan berdasarkan 3 prinsip utama iaitu, pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat.”


ii)  Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
iii) Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)
iv) Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)



KURIKULUM ALTERNATIF

i)             Program Transisi
Program transisi merupakan satu program pra-kerjaya yang dijalankan di sekolah pendidikan khas dan di program-program integrasi pendidikan khas. Program ini menyediakan murid kepada alam pekerjaan yang sebenar. Program transisi di sekolah bermula pada tahun 2007 berdasarkan Surat Siaran JPNPs. Program ini dijalankan merujuk kepada buku-buku panduan transisi yang telah dibekalkan ke sekolah-sekolah.


PENDIDIKAN INKLUSIF

Pendidikan Inklusif dijalankan di Program Integrasi Pendidikan Khas berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997. Bahagian1. Perkara 2(c) yang menyatakan :

“Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh  menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.”


PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Pentaksiran dan penilaian perlu dijalankan secara formal dan tidak formal untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah dan murid-murid khas berhak untuk mengikuti peperiksaan awam seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.23/1998 : Kebenaran Bagi

“ Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman (program pendidikan khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa, hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau sepertinya bersama-sama murid-murid lain. Walaubagaimanapun dalam menyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehlah membuat analisis berasingan bagi murid-murid pendidikan khas”.



BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

i)             Folio
ii)            Sumatif/Formatif
iii)           Peperiksaan Awam
iv)           Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
v)            Sijil Penilaian Berasaskan Sekolah (PKBS)
vi)           Pemerhatian
vii)         Senarai semak
viii)        Soal selidik
ix)           Analisis Tugasan


RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)


RPI setiap individu mesti disediakan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum yang dirancang. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2004. Perkara 5 menyatakan :

“ Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini, Rancangan Pendidikan     
   Individu (RPI) setiap murid hendaklah disediakan.”


  
KOMPONEN KURIKULUM

i)             AKADEMIK BERFUNGSI
1.    Bahasa Melayu
2.    Bahasa Inggeris
3.    Matematik
4.    Multimedia

ii)            KEROHANIAN DAN NILAI-NILAI MURNI

1.    Pendidikan Islam
2.    Pendidikan Moral

iii)           SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI
1.    Pendidikan Seni
2.    Pendidikan Jasmani
3.    Pendidikan Muzik, Gerakan Dan Drama
4.    Sains Sosial Dan Alam Sekitar

iv)          PENGURUSAN KEHIDUPAN
1.    Pengurusan Diri
2.    Kemahiran Manipulatif
3.    Pengurusan Tingkahlaku
4.    Kemahiran Hidup



MPVK


  • PPKIBP SMK Arau merupakan perintis MPVK untuk kek dan pastri (Tambahan : Kraftangan)
  • Bermatlamat untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan berketrampilan dalam aspek penyediaan dan penyajian makanan di samping mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat sebagai asas ke arah kerjaya.
  • Kemahiran yang diperoleh dapat menggalakkan murid untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.


RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

  • Mengenal pasti keperluan murid
  • Usaha untuk memperkukuh proses pembelajaran murid.
  • Kerjasama antara guru dan ibu bapa.
  • Fokus utama :
i)             Pengurusan Tingkah Laku
ii)            Pengurusan Diri
iii)           Kemahiran Manipulatif
iv)           Matapelajaran Teras